Kod Gtn Penerangan
BA202 Tasik
Kawasan badan air yang dikelilingi oleh tanah hasil dari buatan manusia
BA203 Tasik Empangan
Kawasan yang dibina dengan struktur berkaitan untuk tujuan penyimpanan, kawalan dan lencongan air.
BA204 Badan Air Buatan Lain
Aktiviti badan air buatan yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
HTN000 Hutan
Tanah yang meliputi kawasan melebihi 0.5 hektar dengan mempunyai pokok-pokok berketinggian melebihi 5 meter dan litupan kanopi/silara melebihi 10%, atau pokok-pokok yang mampu mencapai had-had di atas secara ‘in-situ’.
HTN100 Hutan Simpan Kekal
Mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai hutan simpan kekal untuk tujuan perhutanan di bawah Seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).
HTN101 Hutan Darat
Kawasan hutan yang bentuk muka buminya berbukit dan beralun-alun yang tingginya sehingga 1000 meter dari paras laut
HTN102 Hutan Paya Gambut
Hutan yang terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6m yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai.
HTN103 Hutan Paya Laut
Satu ekosistem hutan yang toleran terhadap air masin di kawasan air pasang surut di sepanjang pantai tertentu
HTN104 Ladang Hutan
Kawasan yang ditanam dengan pokok atau tumbuh-tumbuhan hutan sama ada dari spesies tempatan atau dagang dengan kaedah tanaman secara terbuka yang luasnya tidak kurang dari 50 ha.
HTN200 Hutan Tanah Kerajaan
Mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai hutan tanah kerajaan

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini