Kod Gtn Penerangan
TPI215 Pembuatan Produk Getah dan Plastik
Bahagian ini termasuk pembuatan produk getah dan plastic dan dikategorikan mengikut bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan.
TPI216 Pembuatan Kaca dan Produk Kaca
Bahagian ini termasuk aktiviti pembuatan berkaitan bahan yang berasal dari galian. Bahagian ini termasuk pembuatan kaca dan produk kaca (cth. kaca leper, kaca berongga, serat, barangan kaca teknikal, dll.), produk seramik, jubin dan produk tanah liat yang dibakar, simen dan plaster, dari bahan mentah kepada artikel siap. Pembuatan batu siap berbentuk dan pengeluaran galian lain juga termasuk dalam bahagian ini.
TPI217 Pembuatan Produk Mineral
Kumpulan ini termasuk pembuatan produk pertengahan dan produk akhir dari galian bukan logam dari lombong atau kuari seperti pasir, kelikir, batu atau tanah liat.
TPI218 Pembuatan Logam dan Produk Logam
Bahagian ini termasuk aktiviti peleburan dan/atau penapisan logam ferus dan bukan ferus daripada bijih, bijih yang belum ditempa atau skrap, menggunakan elektro metalurgi dan teknik proses metalurgi lain. Bahagian ini juga termasuk pembuatan besi aloi dan superalloy dengan mencampurkan elemen kimia lain ke atas logam tulen. Termasuk penghasilan produk seperti plat, kepingan, jaluran, batang besi, rod, dawai, tiub, paip, tangki takungan, senjata dan peluru dll.
TPI219 Pembuatan Komputer, Produk Elektronik dan Optikal
Bahagian ini termasuk pembuatan komputer, peranti komputer, peralatan komunikasi, dan produk elektronik seumpamanya, serta pembuatan komponen untuk produk tersebut. Proses pengeluaran bagi bahagian ini berdasarkan ciri-ciri reka bentuk dan penggunaan litar bersepadu dan aplikasi teknologi highly specialised miniaturization.
TPI220 Pembuatan Kelengkapan Elektrik
Bahagian ini termasuk pembuatan produk yang menjana, mengagih dan menggunakan kuasa elektrik. Termasuk juga pembuatan pencahayaan, kelengkapan isyarat elektrik dan perkakas elektrik kegunaan isi rumah.
TPI221 Pembuatan Jentera dan Peralatan
  • Kumpulan ini termasuk pembuatan jentera bertujuan umum, spt. jentera yang digunakan oleh pelbagai industri dalam MSIC. Kumpulan ini juga termasuk pembuatan jentera untuk tujuan khas, spt. jentera untuk kegunaan khusus atau kelompok kecil dalam industri MSIC. Manakala kebanyakannya digunakan dalam proses pembuatan lain, seperti pembuatan makanan atau tekstil,
  • kumpulan ini juga meliputi pembuatan jentera khusus lain (industri bukan pembuatan), seperti gear pelancar pesawat atau peralatan taman hiburan.
TPI222 Pembuatan Kenderaan Bermotor, Treler dan Semi Treler
Bahagian ini termasuk pembuatan kenderaan bermotor untuk membawa penumpang atau pengangkutan dan termasuk pembuatan pelbagai alat ganti dan aksesori.
TPI223 Pembuatan Kelengkapan Pengangkutan Lain
Bahagian ini termasuk pembuatan peralatan pengangkutan seperti pembinaan kapal dan pembuatan bot, pembuatan landasan keretapi “rolling stock’’ dan lokomotif, udara dan kapal angkasa dan pembuatan sebahagian darinya.
TPI224 Pembuatan Perabot
Bahagian ini termasuk pembuatan perabot dan produk berkaitan daripada apa jua bahan kecuali batu, konkrit dan seramik. Proses yang digunakan di dalam pembuatan perabot adalah kaedah yang biasa digunakan dalam pembentukan bahan dan pemasangan komponen, termasuk pemotongan, pengacuanan dan proses lamina. Aspek penting dalam proses pengeluaran rekabentuk artikel adalah melibatkan kepentingan nilai estetika kesenian dan fungsi.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini