Kod Gtn Penerangan
TRM210 Penginapan Pekerja Asing
Kemudahan tempat tinggal yang dibangunkan khusus kepada pekerja asing yang digajikan oleh majikan yang sama dan diuruskan oleh majikan itu sendiri atau diserahkan kepada pihak pengurusan berdaftar
TRM300 Kampung
Sebuah petempatan tradisi di kawasan desa yang mempunyai ciri-ciri tradisional yang tinggi dari segi sosio budaya dan fizikal
TRM301 Kampung Tersusun
Kampung yang dirancang berasaskan beberapa sebab seperti penempatan semula kampung, pemberian tanah dan bencana alam. Susun atur kampung yang tersusun. Densiti rendah dan sederhana. Penduduk terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi.
TRM302 Petempatan Tanah Rancangan FELDA/ FELCRA/ RISDA
  • Petempatan kampung terancang berikutan dari pembangunan tanah secara besar-besaran.
  •  Majoriti penduduk adalah kaum Melayu
  • Konsep asas adalah untuk mewujudkan suatu petempatan yang ‘self-contained’ bertujuan membasmi kemiskinan dan memberi hak milik tanah di kalangan penduduk di kawasan desa. Corak petempatan berbentuk berpusat (concentrated) atau berkelompok. 
  • Kepadatan penduduk sederhana tinggi.
TRM303 Kampung Baru
 
  • Merupakan petempatan kampung yang wujud pada masa darurat (1948-1960) bagi mengatasi masalah ancaman komunis.
  • Penduduk kaum Cina.
  • Terletak di ladang-ladang getah, kawasan perlombongan bijih timah dan di sekitar bandar-bandar sedia ada.
  •  Corak petempatan adalah berpusat dan berbentuk `grid iron’.
TRM304 Kampung Tradisional
  • Wujud secara tidak dirancang atau organik.
  • Kampung tradisional di bandar menampung bilangan penduduk yang tinggi dan majoriti terlibat dengan aktiviti perbandaran. Keadaan fizikal kampung kurang teratur dan sesak.
  • Kampung tradisional di desa berdensiti rendah.
  • Taburan petempatan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi setempat seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya. Corak adalah berjajar atau berkelompok.
  • Kampung tradisional juga boleh terdapat di pulau-pulau
  • Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.
TRM305 Kampung Nelayan
  • Petempatan kampung yang terletak di kuala atau sepanjang sungai, di tepi-tepi pantai dan di pulau-pulau.
  • Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.
  • Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan sungai.
  • Corak fizikal perkampungan nelayan dipengaruhi oleh faktor semula jadi seperti sungai, muara dan pantai.
  • Keadaan kampung adalah padat.
TRM306 Kampung Atas Air
  • Terletak di atas air sama ada di sungai, tasik atau laut dan rumah-rumah dibina secara bertiang di atas air.
  • Dihubung oleh jeti atau jambatan kayu.
  • Pelbagai densiti mengikut lokasi.
  • Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.
  • Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan menjalankan aktiviti berasaskan hasil laut dan sungai.
TRM307 Kampung Orang Asli
  • Merupakan petempatan yang wujud secara tidak terancang dan mempunyai identiti tersendiri.
  • Kebiasaannya jauh di kawasan pedalaman dan berdekatan sungai.
  • Corak petempatan adalah berselerak mengikut suku kaum.
  • Aktiviti pekerjaan sara diri seperti pertanian, mencari hasil hutan, memburu dan menangkap ikan.
TRM308 Petempatan Estet
  • Rumah pekerja ladang yang disediakan oleh majikan pengurusan ladang.
  • Corak petempatan adalah berkelompok.
  • Majoriti penduduk kaum India.
  • Aktiviti utama sebagai peladang kelapa sawit dan getah.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini