Kod Gtn Penerangan
TRM309 Perumahan Kampung Lain
Jenis rumah kampung yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
TRM400 Setinggan
Kawasan petempatan atau rumah yang dibina tanpa izin di atas tanah kerajaan atau tanah persendirian
TRM401 Setinggan
Pencerobohan tanah bagi membina kawasan petempatan.
TTK000 Tanah Kosong
Tanah milik / tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan atau lot yang telah dibangunkan tetapi terbengkalai, lot untuk pembangunan masa hadapan sama ada dalam keadaan asal atau telah dijalankan kerja tanah.
TTK100 Tanah Tidak Diusahakan
Tanah yang tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak untuk tempoh enam (6) bulan secara berterusan; atau kosong melebihi sesuatu tempoh yang ditetapkan.
TTK101 Berumput/Semak/ Belukar/Tanah Terbiar
Tanah yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah
TTK200 Tanah Pembangunan
Tanah atau lot yang berpotensi untuk pembangunan masa hadapan
TTK201 Tapak Projek Dalam Pembinaan
Tanah yang melibatkan kerja tanah, pengubahsuaian, mendirikan bangunan baru atau struktur pasang siap dan pembinaan sementara termasuk pembinaan tempat tinggal, bangunan pejabat, stor dan bangunan awam & utiliti lain.
TTK202 Tapak Infill
Pembangunan di atas tanah kosong sedia ada atau bangunan sediada bersifat sementara yang membolehkan nya dirobohkan dan pembangunan baru dilakukan.
TTK203 Brownfield
Kawasan brownfield adalah kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah kawasan brownfield ini juga termasuk tanah kerajaan atau tanah persendirian.” Istilah brownfield juga meliputi bangunan yang telah lama terbengkalai atau bangunan yang telah siap tetapi tidak terjual. Tafsiran ini juga merujuk kepada projek-projek terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini