Kod Gtn Penerangan
TTK201 Tapak Projek Dalam Pembinaan
Tanah yang melibatkan kerja tanah, pengubahsuaian, mendirikan bangunan baru atau struktur pasang siap dan pembinaan sementara termasuk pembinaan tempat tinggal, bangunan pejabat, stor dan bangunan awam & utiliti lain.
TTK202 Tapak Infill
Pembangunan di atas tanah kosong sedia ada atau bangunan sediada bersifat sementara yang membolehkan nya dirobohkan dan pembangunan baru dilakukan.
TTK203 Brownfield
Kawasan brownfield adalah kawasan yang telah dibangunkan tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah kawasan brownfield ini juga termasuk tanah kerajaan atau tanah persendirian.” Istilah brownfield juga meliputi bangunan yang telah lama terbengkalai atau bangunan yang telah siap tetapi tidak terjual. Tafsiran ini juga merujuk kepada projek-projek terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini