Matlamat & Objektif

Matlamat

Matlamat I-Plan adalah untuk mewujudkan satu sistem pangkalan data gunatanah perancangan yang bersepadu serta komprehensif ke arah transformasi pengurusan dan capaian data perancangan secara lebih efisien, tepat, efektif dan boleh dipercayai.


Objektif

Objektif I-Plan adalah seperti berikut::

  • Memudahcara pengurusan maklumat gunatanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah perancangan secara atas talian.
  • Membangunkan sistem aplikasi yang komprehensif dengan mengintegrasikan teknologi sumber terbuka yang melibatkan maklumat geospatial dan bukan spatial di dalam satu persekitaran ICT yang boleh menjimatkan kos serta sumber pembangunannya, mesra pengguna, berinteraktif dan mudah difahami.
  • Mengelakkan pertindihan penyediaan maklumat dan membolehkan perancangan gunatanah serta penentuan kesediaan tanah untuk pembangunan yang berkesan melalui modul-modul aplikasi yang tepat dari peringkat makro hingga ke peringkat mikro.
  • Mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemaskini.