Soalan Lazim

Terdapat 9 modul yang terdapat dalam sistem I-Plan iaitu :

  1. Modul Pengurusan Data Guna Tanah
  2. Modul Pengesahan
  3. Modul Manual Pengguna Online
  4. Modul Repository
  5. Modul Integrasi Sistem/Data Migrasi
  6. Modul Pentadbiran
  7. Modul Pemetaan Interaktif
  8. Modul Login dan Logout
  9. Modul Kawalan Perancangan dan Penganalisaan Spatial

Data yang disimpan dalam sistem I-Plan ialah data geospatial guna tanah semasa, komited dan zoning (Peta Cadangan) yang telah dikemaskini untuk 11 Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Stakeholder I-Plan ialah :-

  1. PLANMalaysia@Bahagian Maklumat Gunatanah Negara berfungsi sebagai pusat maklumat guna tanah Negara untuk menyelaras dan menyeragam maklumat guna tanah negara dan menyediakan platform komprehensif untuk perkongsian maklumat guna tanah terkini.
  2. PLANMalaysia@Pejabat Projek Zon berfungsi untuk mengemaskini maklumat guna tanah semasa bagi penyediaan rancangan pemajuan serta membantu PLANMalaysia@Negeri melaksanakan kerja-kerja pengemaskinian maklumat guna tanah semasa.
  3. PLANMalaysia@Negeri berfungi sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negeri untuk menyedia, mengemaskini dan menyelaras maklumat guna tanah semasa, komited dan zoning daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  4. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berfungsi sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Peringkat Tempatan untuk mencerap dan mengemaskini maklumat guna tanah semasa, komited dan zoning bagi kawasan di bawah pentadbiran PBT.

Pengguna berdaftar hanya terhad kepada stakeholder I-Plan sahaja.

Tidak, pemetaan yang dibangunkan di dalam I-Plan hanya membenarkan pengguna untuk melihat suatu Negeri atau kawasan sahaja.

Tidak, keluasan setiap kategori tidak dipaparkan di dalam sistem I-Plan.

Tidak, sistem I-Plan menyediakan data bermula tahun 2017 sehingga kini. Walaubagaimanapun, pengguna boleh merujuk perkara ini kepada admin bahagian untuk bantuan lanjut.

Anda boleh merujuk/klik pada manual pengguna yang telah disediakan di halaman utama sistem ini.

Tidak. Pelan interaktif ini  untuk rujukan sahaja.

Tempoh pengaktifan akaun hanya sah laku dalam masa tiga bulan sahaja, dan pengguna perlu memohon semula.