Kod Gtn Penerangan
HTN201 Hutan Darat
Kawasan hutan yang bentuk muka buminya berbukit dan beralun-alun yang tingginya sehingga 1000 meter dari paras laut
HTN202 Hutan Paya Gambut
Hutan yang terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6m yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai.
HTN203 Hutan Paya Laut
Satu ekosistem hutan yang toleran terhadap air masin di kawasan air pasang surut di sepanjang pantai tertentu
HTN204 Ladang Hutan
Kawasan yang ditanam dengan pokok atau tumbuh-tumbuhan hutan sama ada dari spesies tempatan atau dagang dengan kaedah tanaman secara terbuka yang luasnya tidak kurang dari 50 ha.
HTN300 Kawasan Berhutan
Tanah yang meliputi kawasan melebihi 0.5 hektar dengan mempunyai pokok-pokok berketinggian melebihi 5 meter dan litupan kanopi/silara melebihi 10%, atau pokok-pokok yang mampu mencapai had-had di atas secara ‘in-situ’
HTN301 Kawasan Berhutan
Tanah yang meliputi kawasan melebihi 0.5 hektar dengan mempunyai pokok-pokok berketinggian melebihi 5 meter dan litupan kanopi/silara melebihi 10%, atau pokok-pokok yang mampu mencapai had-had di atas secara ‘in-situ’
IFU000 Infrastruktur dan Utiliti
Keseluruhan kemudahan asas yang perlu bagi pembangunan dan pemajuan.
IFU100 Bekalan Elektrik
Mana-mana talian bekalan voltan tinggi yang atau voltan amat tinggi bagi menghantar tenaga daripada suatu stesen janakuasa ke stesen janakuasa yang lain atau ke pencawang dan termasuklah apa-apa bangunan atau bahagian suatu bangunan yang digunakan berkaitan dengan talian bekalan sedemikian
IFU101 Laluan Rentis 500 kv
Talian penghantaran (transmission line) elektrik berkuasa 500 kv
IFU102 Laluan Rentis 275 kv
Talian penghantaran (transmission line) elektrik berkuasa 275 kv

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini