Kod Gtn Penerangan
TPI125 Pembuatan Lain
Bahagian ini termasuk pembuatan pelbagai produk yang tidak diliputi oleh lain-lain bahagian dalam pengkelasan. Termasuk pembuatan barang kemas, bijouterie, instrument muzik, barangan sukan, barang permainan dll.
TPI126 Pembaikan, Pemasangan Mesin dan Kelengkapan
Bahagian ini termasuk pembaikan khusus barang yang dikeluarkan dalam sektor pembuatan bagi tujuan untuk pembaikan jentera, peralatan dan produk lain dalam keadaan sediakala.
TPI127 Perkapalan/ Marin
Industri Khas yang berasaskan marin /perkapalan
TPI128 Pemprosesan Barang Kitar Semula
Pemprosesan bahan/barang kitar semula kepada bahan mentah.
TPI129 Desa
Industri desa boleh dikategorikan sebagai industri yang menghasilkan bahan pencemaran paling minimum yang menyumbang kepada pencemaran udara, bau, bunyi, gegaran, kebakaran dan letupan. Kebanyakan industri ini merupakan “home-based” industri yang dijalankan di kawasan perumahan atau dikaitkan dengan identiti masyarakat setempat.
TPI200 Taman Perindustrian
Aktiviti industri dengan infrastruktur bersepadu dan terancang (telah dizon sebagai kawasan industri) (Contoh : Taman Perindustrian Batu Berendam, Kawasan Perindustrian Balakong,
TPI201 Pengumpulan Produk Hasil Hutan
Bahagian ini termasuk pengeluaran kayu balak untuk industri berasas kayu meliputi pengekstrakan dan pengumpulan produk hutan bukan kayu yang tumbuh liar. Selain pengeluaran kayu balak, aktiviti perhutanan yang menghasilkan produk melalui proses minima seperti kayu api, kayu arang, reja kayu dan kayu balak yang digunakan dalam bentuk yang belum diproses (cth. kayu cerucuk, kayu pulpa, dll). Aktiviti ini boleh dijalankan dalam hutan asli dan ladang hutan.
TPI202 Pengekstrakan Petroleum Mentah dan Gas Asli
Bahagian ini termasuk pengeluaran petroleum mentah, perlombongan dan pengekstrakan minyak daripada minyak batu syal dan pasir minyak dan pengeluaran gas asli dan perolehan semula cecair hidrokarbon. Ini termasuk keseluruhan aktiviti pengoperasian dan/ atau pembangunan kelengkapan lapangan minyak dan gas, termasuklah aktiviti seperti penggerudian, penyiapan dan melengkapkan telaga, operasi pengasingan, pemisahan emulsi, peralatan penyahkelodak dan penyambungan aktiviti lapangan untuk petroleum mentah dan semua aktiviti dalam penyediaan minyak dan gas sehingga ke tempat penghantaran daripada pusat pengeluaran.
TPI203 Pembuatan Produk Makanan
Bahagian ini termasuk pemprosesan produk pertanian, perhutanan dan perikanan kepada makanan untuk manusia atau haiwan, dan meliputi pengeluaran pelbagai produk perantaraan yang bukan produk makanan secara langsung.
TPI204 Pembuatan Minuman
Bahagian ini termasuklah pembuatan minuman, seperti minuman tanpa alkohol dan air mineral, pembuatan minuman beralkohol terutamanya melalui proses penapaian, bir dan wain dan juga pembuatan minuman beralkohol melalui proses penyulingan.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini