Kod Gtn Penerangan
TPI205 Pembuatan Produk Tembakau
Bahagian ini termasuk pemprosesan produk tembakau dalam bentuk yang sesuai untuk penggunaan akhir.
TPI206 Pembuatan Tekstil
Kumpulan ini termasuk pembuatan tekstil, termasuk operasi persediaan, pemintalan gentian tekstil dan tenunan tekstil. Ini boleh dilakukan daripada bahan mentah yang berbeza-beza, seperti sutera, benang bulu, gentian buatan manusia, haiwan lain atau tumbuhan, kertas atau kaca dll.
TPI207 Pembuatan Pakaian
Bahagian ini termasuk semua jahitan (pakaian siap atau ditempah), daripada semua bahan (cth. kulit, fabrik, fabrik yang dikait dan dikrusye, dll.), semua jenis pakaian (cth. pakaian luar, pakaian dalam untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak; kerja, pakaian kasual atau santai, dll.) dan aksesori.
TPI208 Pembuatan Produk Kulit
Bahagian ini termasuk penyamakan dan pewarnaan bulu, pengubahsuaian belulang kepada barangan kulit secara penyamakan atau pengawetan dan pembentukan kulit kepada produk untuk penggunaan akhir. Ia juga termasuk pembuatan produk serupa daripada bahan lain (kulit tiruan atau gantian kulit), seperti kasut getah, bagasi daripada tekstil, dll.
TPI209 Pembuatan Kayu, Produk Kayu dan Gabus
Bahagian ini termasuk pembuatan produk daripada kayu, seperti kayu gergaji, papan lapis, venier, bekas kayu, lantai kayu, kekuda kayu, dan bangunan kayu pasang siap. Proses pengeluaran termasuk menggergaji, mengetam, membentuk, melapis, dan pemasangan produk kayu bermula daripada balak yang dipotong menjadi bolt, atau kayu gergaji yang boleh kemudian dipotong atau dibentuk dengan pelarik atau alat pembentuk lain.
TPI210 Pembuatan Kertas dan Produk Kertas
Bahagian ini termasuk pembuatan pulpa, kertas dan pengubahsuaian produk kertas. Pembuatan produk ini dikumpulkan kerana ia membentuk satu siri pemprosesan yang saling berkaitan. Kebiasaannya, lebih daripada satu aktiviti dijalankan dalam satu unit.
TPI211 Percetakan dan Penerbitan Media Rakaman
Bahagian ini termasuk percetakan produk, seperti surat khabar, buku, penerbitan berkala, boring perniagaan, kad ucapan, dan bahan-bahan lain, dan aktiviti sokongan yang berkaitan seperti penjilidan buku, perkhidmatan membuat plat dan pengimejan data. Bahagian ini juga termasuk penerbitan semula media rakaman, seperti cakera padat, rakaman video, perisian dalam bentuk cakera atau pita, rekod, dll.
TPI212 Pembuatan Berasaskan Produk Petroleum Bertapis
Bahagian ini termasuk perubahan petroleum mentah dan kok kepada produk yang boleh digunakan. Proses utama adalah petroleum bertapis termasuk pengasingan petroleum mentah kepada komponen produk yang lain melalui teknik pemecahan dan penyulingan. Bahagian ini juga termasuk pembuatan bagi produk yang mempunyai ciri-ciri tersendiri (cth. kok, butana, propana, petrol, kerosin, minyak pembakar, dll.) dan juga perkhidmatan pemprosesan.
TPI213 Pembuatan Kimia dan Produk Kimia
  • Bahagian ini termasuk perubahan bahan mentah organik dan bukan organik mengikut proses kimia dan pembentukan sesuatu produk.
  • Kumpulan ini termasuk pembuatan produk kimia asas, baja dan produk campuran nitrogen, seperti plastik dan getah sintetik dalam bentuk primer. Ini termasuk pembuatan pelbagai barangan seperti racun perosak, cat dan dakwat, sabun, penyediaan bahan pencuci, penyediaan pewangi dan dandanan diri, produk bahan letupan dan piroteknik, penyediaan kimia untuk kegunaan fotografi (termasuk filem dan sensitized paper), gelatin, penyediaan diagnostik komposit, dll.
TPI214 Pembuatan Produk Farmaseutikal Asas, Kimia Perubatan dan Botani
Bahagian ini termasuk pembuatan produk farmaseutikal asas dan penyediaan farmaseutikal. Ini termasuk juga pembuatan produk kimia perubatan dan botani.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini