Kod Gtn Penerangan
TPK602 Penginapan Pekerja Asing
Kemudahan tempat tinggal yang dibangunkan khusus kepada pekerja asing yang digajikan oleh majikan yang sama dan diuruskan oleh majikan itu sendiri atau diserahkan kepada pihak pengurusan berdaftar
TRM000 Perumahan
Kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal
TRM100 Perumahan Strata
Skim strata yang melibatkan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan dan tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar
TRM101 Rumah Berbilang Tingkat
Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan adalah lebih daripada rumah flat seperti surau, tempat letak kereta terbuka, dan berbumbung, kawasan rekreasi, taman permainan, khidmat keselamatan dan dikelilingi kawasan berpagar.
TRM104 Rumah Pekerja
Rumah kakitangan pihak swasta yang dibina untuk tujuan penginapan pekerja. 
TRM105 Rumah Bandar (Townhouse)
Struktur rumah bandar seperti rumah teres dua tingkat yang bersambung secara menegak atau melintang antara satu sama lain dalam satu bangunan. Cuma perbezaannya ialah setiap tingkat diduduki oleh penghuni yang berlainan dan mempunyai pintu masuk yang berasingan.
TRM106 Sesebuah
Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain yang dibina di kawasan skim kediaman berpagar (Gated Community) dan berhakmilik strata (yang dibangunkan mengikut peruntukan Seksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)).
TRM107 Berkembar
Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu masuk berasingan di kawasan skim kediaman berpagar (Gated Community) dan berhakmilik strata (yang dibangunkan mengikut peruntukan Seksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)).
TRM108 Teres
Rumah berasingan dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah di sebelahnya. Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah atau lebih dan dibina di skim kediaman berpagar (Gated Community) dan berhakmilik strata (yang dibangunkan mengikut peruntukan Seksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)).
TRM109 Kluster
Rumah ‘Kluster’ merupakan tempat kediaman atau beberapa unit bangunan kediaman yang berkongsi dinding belakang dengan rumah lain di skim kediaman berpagar (Gated Community) dan berhakmilik strata (yang dibangunkan mengikut peruntukan Seksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)).

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini